Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan ibunya, Fauziah Sarman, bersama pasangan baharu, Zainal, berlangsung dengan lancar dalam sebuah majlis tertutup semalam.
Shila, atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, berkata ini merupakan pengalaman pertamanya menguruskan majlis perkahwinan dan ia menjadi lebih bermakna kerana suaminya, Ubai, sentiasa berada di sisi membantu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semalam.
Pertama kali menjadi ‘mak pengantin’, lucu pula bila salam kaut diberi pada saya (tapi sudah pasti masuk dalam beg mak).
Shila turut berkongsi momen comel apabila ibu dan bapa tirinya sebenarnya tidak pernah menghadiri kursus kahwin, menyebabkan mereka sedikit kelam-kabut apabila diberitahu perkara itu diperlukan.
Syukur semuanya sempat dan paling lucu sebab mereka berdua tidak pernah pergi kursus kahwin. Ada yang cakap perlu hadir, terus mereka pening.
Melihat ramai yang turut mendoakan perkahwinan ibunya, Shila berharap hubungan yang dibina kali ini sentiasa dipenuhi kebahagiaan hingga ke akhirnya.
Terima kasih buat mereka yang mendoakan baik-baik.
Kebahagiaan itu milik semua, insya-Allah cepat atau lambat saja.
Terima kasih suami, Ubai kerana mengiringi perjalanan ini.
Semalam, Fauziah selamat bernikah dengan Zainal dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi era 80-an Datuk ND Lala, dan dikurniakan lima cahaya mata termasuk Shila Amzah.
Pada 2 Ogos 2023, ND Lala melafazkan cerai di sebuah masjid sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Fauziah melalui WhatsApp.
Selain itu, kami kongsikan arikel trending yang lain pada pautan di bawah.
