October 22nd, 2019

Semua lelaki, bila ditanya memang teringin untuk berkahwin lebih daripada seorang, namun tidak semua mampu berlaku adil dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Begitulah nampaknya dalam isu kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf.

Kini isteri keduanya, Vivi Jeffry meminta Amar menjadi seorang lelaki sejati bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Bukan berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan, wanita itu cuma mahu suaminya mengetepikan segala ego dan masalah yang dihadapi demi anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

amar asyrafisteri kedua amar asyraf

Menurut Vivi, dia juga sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada rumah tangga mereka selepas ini.

isteri kedua amar asyrafamar asyrafamar asyraf

Terdahulu, selepas beberapa tahun berkahwin dengan Amar, buat pertama kali Vivi tampil mendedahkan identitinya kepada umum. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Vivi berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Kemelut rumah tangga Amar mula hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor itu sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

14 responses to “Jadi Lelaki Sejati – Isteri Kedua Minta Amar Asyraf Tunaikan Tanggungjawab”

  1. Anonymous says:

    absolutely correct. the choice is all in her hand. if amar really loves her, she dont need to ask all these. she knows amar better than others.

  2. Anonymous says:

    Memang pun. Tak tengok ke Kawan baik dia nad apa entah yang pergi bocorkan dekat ellika pasal second wife. Mastermind sebenar si second wife dengan bff dia dua orang tu.

  3. Meow says:

    Kan.. Sendiri pilih Sendiri tanggung la akibatnya…

    Bagus juga amar pasang skandel buat bini ketiga… Biar dia rasa apa yg 1st wife rasa

  4. R25 says:

    mls nak komen byk2…cuma nak bgtau…sebelum u bersedia harungi hidup sebagai isteri kedua..u harus tahu setakat mana hak yg u ada ….jgn minta lebih…percaya la.

  5. Jangan jadi perampas says:

    Kau yg seru sis…. boleh pun jgn ikut perasaan and nafsu time tu… boleh pun kasi break putus then x kawen. Bg aku 2nd wife is 2nd class. Tetap perampas

Tinggalkan Komen Anda Di Sini