Written by Bella | October 22nd, 2019

Semua lelaki, bila ditanya memang teringin untuk berkahwin lebih daripada seorang, namun tidak semua mampu berlaku adil dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Begitulah nampaknya dalam isu kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf.

Kini isteri keduanya, Vivi Jeffry meminta Amar menjadi seorang lelaki sejati bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Bukan berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan, wanita itu cuma mahu suaminya mengetepikan segala ego dan masalah yang dihadapi demi anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

amar asyrafisteri kedua amar asyraf

Menurut Vivi, dia juga sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada rumah tangga mereka selepas ini.

isteri kedua amar asyrafamar asyrafamar asyraf

Terdahulu, selepas beberapa tahun berkahwin dengan Amar, buat pertama kali Vivi tampil mendedahkan identitinya kepada umum. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Vivi berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Kemelut rumah tangga Amar mula hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor itu sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

14 responses to Jadi Lelaki Sejati – Isteri Kedua Minta Amar Asyraf Tunaikan Tanggungjawab

  1. Anonymous says:

    U made your choice to be the second woman pls don’t complain…..

  2. Suri says:

    Be strong.. Biarlah orang nak cakap apa.. yang padan kan muka cakap sondol, babi, hina anak tu adalah orang yang tak percaya qadha’ dan qadar Allah..sah akad tu, memang dah tertulis itu jodoh.. dan anak tu memang hamba Allah yang tertulis untuk lahir dari benih husband and rahim kamu.. semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat..

  3. Anonymous says:

    something smells fishy, it’s like macam she and that Ellika, knows each other. since she doesn’t want to be seen as the bitch in this fiasco, maybe she pepakat so that it’s easy for her to come out as the sekenwife.

  4. Anonymous says:

    2nd wife’s side story…? nah, not interested. proceed!

  5. Pindah skrggg!!!! says:

    BN dah x best… jom pindah ke cari forum. com. my!!! Gosip hiburan tempatan ramai lepak sana!

  6. Jangan jadi perampas says:

    Kau yg seru sis…. boleh pun jgn ikut perasaan and nafsu time tu… boleh pun kasi break putus then x kawen. Bg aku 2nd wife is 2nd class. Tetap perampas

  7. R25 says:

    mls nak komen byk2…cuma nak bgtau…sebelum u bersedia harungi hidup sebagai isteri kedua..u harus tahu setakat mana hak yg u ada ….jgn minta lebih…percaya la.

  8. Meow says:

    Kan.. Sendiri pilih Sendiri tanggung la akibatnya…

    Bagus juga amar pasang skandel buat bini ketiga… Biar dia rasa apa yg 1st wife rasa

  9. Anonymous says:

    Memang pun. Tak tengok ke Kawan baik dia nad apa entah yang pergi bocorkan dekat ellika pasal second wife. Mastermind sebenar si second wife dengan bff dia dua orang tu.

  10. Anonymous says:

    absolutely correct. the choice is all in her hand. if amar really loves her, she dont need to ask all these. she knows amar better than others.

  11. bawe says:

    sorry not sorry.. sebagai isteri, selagi dia tidak membawa kejalan kemurkaan Allah.. tetaplah taat.. pilihan ditangan anda, dan anda tetap memilih untuk menjadi 2nd wife dia.. so move on dn terusla mencari keberkatan dalam rumahtangga bukan mengeruhkan lagi suasana yang ada..

  12. Anonymous says:

    sendiri happy dulu2, skrg sndiri tanggung derita…

  13. kucin kurap says:

    last2 pempuan jugak yang salah….. kesian kat ko vivy…. ko kena ayat dengan si amar bulan bintang.. amar bukan nak kat ko pun….. dah dapat ko dia blah…. amar org tak kata apa la…. sbb jantan kalu buat salah.. orang tak blame mane.. kalu pempuan buat salah.. jahat nau2.. padahal punca ni mula dengan si amar kucin kurap ni la..

    kalau ko nak dia bertanggung jawab.. beri perhatian kat anak ko..aku rasa tak dah la..simpan la angan2 ko.. jantan kalau dia kata dia tak nak..atau dia busted dengan bini tua.. mmg ko tak rasa apa dah la.. ko akan dituduh jahat selamanya la.. laki jenis mcm ni dia akan burukkan pempuan yang ditaknak dan buat cerita ko terhegeh2.. padahal dia sama naik terhegeh gatal telo..

    melainkan………. ko sabar sesabarnya kalau nak perkahwinan bertahan.. bagi aku..baik ko move on la.. ko cantik.. ko boleh cari makan lagi.. boleh jumpa jodoh yg lebih baik pasni.. atau ko tak kawin lain pun.. ko fokus la besarkan anak2 ko.. ko tengok intan salleh.. sama mcm ko la.. ko kwan la dengan dia.. sama2 besarkan anak dan selalu la join majlis ilmu.. dekatkan diri dan sibukkan diri dengan tuhan.. aku tau ko boleh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini