Pelakon berkaliber, Tony Eusoff tampil berkongsi kisah ngeri yang membuatkan dirinya trauma sehingga bertahun-tahun.
Kongsi Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman,47, dia pernah dicabul kaum sejenis ketika usianya 15 tahun dan tidak pernah bercerita mengenai hal itu kepada mana-mana pihak sebelum ini.
Kejadian ini berlaku ketika saya masih di bangku sekolah di Kuching, Sarawak. Saya pernah dipancing untuk ikut seorang lelaki berusia 40-an ke bilik hotelnya.
Ketika itu saya sedang lepak di sebuah pusat beli belah. Tiba-tiba saya dilanggar seorang lelaki hingga failnya jatuh. Saya yang naif ketika itu rasa bersalah dan gelabah.
Dari situlah kami mula berkenalan dan berbual. Tapi lama-lama dia mula tanya tentang perkara peribadi dan apa yang saya suka lalu dia ajak saya ke hotel tempat dia menginap.
Rasa macam ada yang tak kena, Tony menolak ajakan lelaki terbabit yang mengaku dirinya seorang peguam yang berasal dari Kuala Lumpur
Ketika saya mahu beredar dia memujuk untuk saya ikutnya makan tengah hari. Bila saya enggan, dia terus tarik tangan saya. Saya yang panik ketika itu terus menjerit ketakutan dan lelaki tersebut terus beredar.
Selepas beberapa tahun dan sudah dewasa baru saya faham apa yang berlaku. Ketika itu saya masih belum faham seksualiti manusia itu seperti apa. Yang saya tahu lelaki suka perempuan dan sebaliknya.
Bayangkan selama beberapa tahun saya alami gangguan stress pasca trauma (PTSD) sebab tak faham apa yang berlaku.
Kata Tony, meskipun dia cuba untuk melupakan momen hitam tersebut, namun kadang kala ia kembali menghantui hidupnya sehingga kini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.