Jadi Kontak Rapat COVID-19, Hafreez Adam Sanggup Tarik Diri Dari Penggambaran Filem Baru

Hiburan

Jadi Kontak Rapat COVID-19, Hafreez Adam Sanggup Tarik Diri Dari Penggambaran Filem Baru

Pelakon Hafreez Adam difahamkan telah menarik diri daripada terlibat dengan penggambaran filem Seratus The Movie kerana telah menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit COVID-19.

Ujar Hafreez, dia tidak mahu menjadi individu yang mementingkan diri sendiri dan mengambil keputusan untuk melepaskan tawaran tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Meskipun projek terbaru itu dianggap menarik oleh Hafreez dan turut merasa rugi jika terpaksa melepaskannya, namun dia tidak mahu merisikokan orang lain dan pasukan produksi.

Walaupun dia dibenarkan bekerja kerana bukan dirinya yang disahkan positif wabak itu, Hafreez mengambil langkah berjaga-jaga ketika itu kerana bimbang simptom baru akan muncul selepas beberapa ketika.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Saya buat keputusan tak mahu merisikokan orang lain dan pasukan produksi. Saya tarik diri. Duit tak dapat, projek besar tak dapat. Memang ralat tapi macam yang saya cakap, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Pada masa itu, saya juga memilih untuk kuarantin diri. Ini kerana kadang selepas beberapa hari baru nampak dan boleh kesan.”

Disebabkan oleh hal itu juga, Hafreez turut tidak beraya bersama keluarga pada hari lebaran lalu seperti tidak mengambil foto kenangan bersama ibu dan adik-adiknya kerana tidak mahu berjangkit.

Dia dalam pada itu turut menzahirkan rasa terkilan apabila melihat ramai orang masih lagi bersikap sambil lewa seperti tidak menjaga penjarakan fizikal dan ziarah-menziarahi ketika hari raya.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Orang saling salah-menyalah di antara satu sama lain tapi diri sendiri tak jaga. Saya sampai sekarang belum beraya sekali dengan famili.” ujarnya lagi.

Pelakon drama Monalisa ini juga menasihatkan orang ramai di luar sana agar berhenti mementingkan diri sendiri dan berhenti menuding jari antara satu sama lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...