Pelakon Abby Abadi memaklumkan bahawa dia telah ditipu sebuah sindiket pelaburan dalam talian dan menanggung kerugian sebanyak RM18,500.
Abby menerusi satu hantaran di media sosialnya berkata, dia juga sudah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.
Baran dah datang. Memang rasa sangat lebur duit aku dengan geng ‘scammer’ ni. Baru tengah hari tadi (Rabu) ke Balai Polis buat laporan. Melampau sangat ‘scammer’ berleluasa sekarang.
Doakan saya dapat duit semula. Penat kerja. Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu saja.
Difahamkan, Abby pada mulanya melabur sebanyak RM4,000 dan berjaya mendapat wang pulangan.
Lepas letak RM4,000 , skim pelaburan minta wang berjulah RM14,500 sebagai kos pelaburan. Katanya, tak perlu buat apa-apa, tapi kena bayar lagi untuk kos seterusnya.
Dah rasa macam kena ‘scam’, tapi duit punya fasal dan mereka punya sembang bukan main lagi, tertipu akhirnya.
Sebelum ini, bintang drama bersiri Gerak Khas itu pernah ditipu individu yang menjual tanah dan telah menanggung kerugian sebanyak RM160,000 pada tahun 2021.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.