Jadi Idaman Para Isteri, Periuk Nasi Ini Mampu Memasak Dua Menu Serentak

Trending

Jadi Idaman Para Isteri, Periuk Nasi Ini Mampu Memasak Dua Menu Serentak

Periuk nasi elektrik merupakan peralatan penting bagi setiap rumah. Ia memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak bagi mereka yang sibuk dengan tugas seharian. Namun, kini ada teknologi yang lebih memudahkan dengan Twin Chef.

Apa itu Twin Chef?

periuk nasi twin chef

Advertisement

Twin Chef merupakan peralatan dapur serba guna yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Oak Lawn Marketing. Pada pandangan pertama mungkin ianya kelihatan hanyalah sekadar periuk nasi berganda, tetapi sebenarnya ia mampu berfungsi lebih daripada itu.

Periuk Nasi Twin Chef

Twin Chef dilengkapi dengan 10 tetapan berbeza yang membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak. Bukan sahaja untuk nasi tetapi ia juga boleh memasak nimono (daging rebus dan sayur-sayuran gaya Jepun), sup, okayu (bubur nasi Jepun), kek dan juga yogurt buatan sendiri.

Bukan itu sahaja.

Periuk nasi twin chef

Tambah menarik lagi, Twin Chef turut dilengkapi dengan dua dulang pengukus untuk memudahkan kerja memasak anda.

Dengan berukuran lebar hanya 41cm (16.1 inci), Twin Chef bukan sahaja mempunyai pelbagai fungsi, tetapi mampu menjimatkan ruang dapur.

Harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (RM803.00) dan jika anda berminat untuk mendapatkannya boleh lawati laman web Shop Japan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...