Periuk nasi elektrik merupakan peralatan penting bagi setiap rumah. Ia memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak bagi mereka yang sibuk dengan tugas seharian. Namun, kini ada teknologi yang lebih memudahkan dengan Twin Chef.
Apa itu Twin Chef?
Twin Chef merupakan peralatan dapur serba guna yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Oak Lawn Marketing. Pada pandangan pertama mungkin ianya kelihatan hanyalah sekadar periuk nasi berganda, tetapi sebenarnya ia mampu berfungsi lebih daripada itu.
Twin Chef dilengkapi dengan 10 tetapan berbeza yang membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak. Bukan sahaja untuk nasi tetapi ia juga boleh memasak nimono (daging rebus dan sayur-sayuran gaya Jepun), sup, okayu (bubur nasi Jepun), kek dan juga yogurt buatan sendiri.
Bukan itu sahaja.
Tambah menarik lagi, Twin Chef turut dilengkapi dengan dua dulang pengukus untuk memudahkan kerja memasak anda.
Harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (RM803.00) dan jika anda berminat untuk mendapatkannya boleh lawati laman web Shop Japan.