Pelakon dan ahli kumpulan X-Factor iaitu Zach akui tidak kisah dengan pandangan orang tentang dirinya yang tidak bekerja dan menggalas tanggungjawab menjadi suami rumah tangga.
Kata penyanyi berusia 48 tahun itu, isterinya terlalu sibuk bekerja dan beberapa kejadian tidak diingini telah menimpa anak mereka membuatkan dia memilih untuk menjaganya di rumah.
Tambahnya, keputusan tersebut dibuat agar dia dapat rasa sendiri penat lelah menguruskan anak-anak di samping melakukan kerja rumah.
Saya terpaksa berkorban menjadi suami rumah tangga sebab bila hantar anak ke pengasuh macam-macam berlaku. Ada lebam sana sini dan saya tak boleh terima. Jasi isteri saya cakap sama ada dia atau saya uruskan anak.
View this post on Instagram
Isteri kerja tentera, tinggal dalam kawasan kem
Ujar Zach, jika diberi pilihan sudah tentunya dia mahu bekerja dan akui bukan senang untuk menjaga anak 24 jam selain berkata keputusan itu juga bukanlah sesuatu yang mudah.
Terutamanya keadaan kewangan mereka apabila hanya isteri sahaja yang mencari nafkah namun Zach bersyukur kerana pekerjaan suri hatinya itu sebagai tentera mampu menyediakan tempat tinggal dan kewangan yang baik.
Mula-mula memang berat nak buat keputusan, lebih-lebih lagi bila fikir kewangan tapi beruntungnya isteri saya tentera darat. Jadi dari segi rumah tak kisah sebab boleh duduk dalam kem. Saya memang tak peduli dengan pandangan orang sebab inilah peluang saya untuk menjaga anak.
Banyak tolak tawaran berlakon
Dalam pada itu, Zach juga menambah dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon sepanjang dua tahun bergelar suami rumah tangga kerana tidak mahu menyusahkan ramai pihak.
Pernah sekali saya terima ‘job’ tapi terpaksa berkejar-kejar nak ambil anak sekolah dan uruskan hal lain. Memang ganggu jadual produksi dan saya taknak membebankan orang lain.
Sekadar info, Zach dan isteri, Jennifer Carterina mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan mereka kini mempunyai dua cahaya mata berusia 10 tahun dan dua tahun.