Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jadi Haji Bakhil Bila Hal Nafkah Anak..” Farah Lee Titip Nasihat Buat Pasangan Bercerai Agar Tidak Abaikan Tanggungjawab Anak

Bekas isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee yang sememangnya dikenali sebagai seorang personaliti media sosial juga telah bergelar usahawan apabila mempunyai jenama pakaiannya sendiri.

Memiliki hampir 800,000 pengikut di laman Instagram, semua sedia tahu bahawa dia sering berkongsikan kisah hidupnya  serta anak iaitu Maream Esabel, hasil perkahwinannya bersama Ally Iskandar.

Advertisement

Baru-baru ini, dia ada memuat naik foto anaknya difahamkan gambar ketika berada di luar negara. Menulis panjang lebar mengenai kisah tanggungjawab ibu-bapa kepada anak, Farah menekankan isu tersebut kepada mereka yang sudah berpisah namun mempunyai anak untuk dipelihara.

View this post on Instagram

A post shared by F. L. (@farahlee_)

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara saja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka. Nak-nak ayah ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai haji bakhil pulaknya..”

Dia dalam pada itu turut menekankan bahawa anak-anak adalah amanah kepada kedua ibu bapa yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

View this post on Instagram

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Advertisement

Ketika meninjau ruangan komen, ramai pengikut Instagram Farah tampil berkongsikan kisah hidup masing-masing berkenaan hak penjagaan anak dan soal nafkah setelah berpisah hidup.

Sekadar info, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Binti Romli pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen, Ally Iskandar pada tahun 2012 namun berpisah pada Ogos 2016 yang lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Maream Esabel yang kini tinggal bersama Farah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top