“Jadi G*y Bukan Satu Jenayah” – Buat Demo Perjuangkan LGBT, Kumpulan Ajaran ‘Ahmadi’ Pernah Ditangkap Di Turki?

Trending

“Jadi G*y Bukan Satu Jenayah” – Buat Demo Perjuangkan LGBT, Kumpulan Ajaran ‘Ahmadi’ Pernah Ditangkap Di Turki?

Tular di Twitter satu rakaman yang mempamerkan beberapa lelaki membuat demonstrasi di Sogo, Kuala Lumpur memperjuangkan golongan LGBT.

Rakaman itu menunjukkan beberapa lelaki sedang memegang sepanduk yang tertulis ayat-ayat berkaitan gay dan turut berkata manusia tidak berhak untuk menghakimi seseorang.

Advertisement

Gay bukan penjenayah. Menjadi gay bukan satu jenayah.”

gay demo

Beberapa anggota polis turut berada di tempat kejadian memastikan situasi terkawal dan berdiri di sekeliling kumpulan yang membuat demonstrasi berkenaan.

Perkara itu membimbangkan ramai pihak kerana ia dibuat di tempat tumpuan ramai dan beberapa individu telah berkongsi di Twitter tentang kumpulan terbabit.

Menurut seorang lelaki, mereka semua digelar ‘The Ansars’ yang merupakan ahli kumpulan ‘Ahmadi Religion of Peace dan Light’ yang percaya kepada kelahiran semula, Imam Mahdi telah muncul (dan mereka pengikutnya) dan pro-LGBT.

demo

Bukan itu sahaja, kata lelaki tersebut juga berkata ramai ahli kumpulan berkenaan telah ditangkap semasa Perarakan ‘Pride’ di Turki pada bukan lalu.

Mereka ini juga telah membuat dakwaan bahawa kalendar Islam sebenarnya salah serta umat Islam berpuasa pada bulan yang salah selama beratus-ratus tahun.

Lebih membimbangkan apabila mereka kini menjadi berani untuk membuat demonstrasi dan semakin lantang di Malaysia pula.

ansar ansars

Ramai warganet menyuarakan kebimbangan mereka terhadap hal ini dan menyeru agar pihak berkuasa termasuklah polis serta jabatan agama untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, sesetengah individu berkata mereka baru tahu dan dengar tentang kewujudan pergerakan dan kumpulan ini.

um lgbt
1 year ago

"Kami Galakkan Permohonan Daripada G*y, Biseksual...." - UM Keluarkan Iklan 'Job Vacancy' Untuk Komuniti LGBT?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...