Selepas mendirikan rumah tangga bersama  Atita Haris, selebriti Nas-T mengakui kehidupannya kini lebih sempurna dan merasa cukup bertuah apabila diberikan peluang untuk menjadi bapa segera kepada anak Atita hasil perkahwinan terdahulu iaitu Opie.
Malah, buat Nas-T, Opie bukanlah satu bebanan baginya dan tidak dapat dinafikan mereka berdua cukup rapat bersama. Opie juga sudah mula memanggil Nas-TÂ dengan panggilan Baba.
Saya rasa sudah meninggalkan jauh kawan yang baharu mendapat anak. Apa lagi yang saya boleh katakan, ia satu rahmat. Dia (Opi) seorang anak yang bijak, manja dan suka menyakat saya. Dia juga selalu meminta saya mengangkatnya, yang secara tidak langsung bagus sebagai sebahagian senaman bahu.
Saya lelaki yang bertuah memilikinya dalam hidup ini. Saya umpama berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat.
Sibuk dengan kerjaya masing-masing, Nas-T dan Atita masih belum sempat untuk menikmati percutian bulan madu bersama.
Harapnya pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat. Nas-T pun sudah memiliki ciri-ciri seorang bapa dan suami yang baik.