February 12th, 2015

Pelakon terkenal Jackie Chan yang telah menerima gelaran Datuk sewaktu anugerah Pangliman Mahkota Wilayah pada awal Februari lalu masih merasa kekok apabila disapa dengan panggilan tersebut.

Menghargai pemberian tersebut, Jackie menjelaskan beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dirinya dengan gelaran yang diterima dan tidak kisah jika sesetengah pihak mahu menggunakan gelaran Datuk atau tidak kepadanya.

Sejujurnya saya memerlukan sebulan dua lagi untuk membiasakan diri dengan panggilan tersebut dan saya sangat hargai apabila dikurniakan gelaran Datuk.

Lucunya, saya rasa janggal apabila orang memanggil saya dengan panggilan Datuk apabila tiba di sini pagi tadi. Tapi saya tidak kisah sama ada orang mahu memanggil saya dengan panggilan Datuk atau tidak.

Jackie juga tidak kisah jika sesiapa ingin terus memanggil beliau dengan gelaran taiko yang merujuk kepada abang  kerana panggilan tersebut lebih lama dan dekat kepada dirinya.

Datuk pun ok, taiko pun ok. Tapi kalau panggil taiko, lagi saya suka kerana panggilan itu lebih lama dan lebih dekat dengan saya.

Biasalah tu bukan senang nak terima orang panggil kita dengan gelaran baru bukan? Sampai waktunya nanti kita akan terbiasa dengan gelaran tersebut.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...