Jack Ma Letak Jawatan Dari Alibaba Pada Usia 55 Tahun

Kehidupan

Jack Ma Letak Jawatan Dari Alibaba Pada Usia 55 Tahun

Pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar, Alibaba Group Holding Ltd secara rasmi meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif Alibaba.

Jack Ma telah meraikan persaraanya dengan sebuah majlis besar-besaran di stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou.

Setelah lebih dua dekad membangunkan Alibaba sehingga menjadikannya aset bernilai $ 460 bilion, beliau kini lebih memilih untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Advertisement

Beliau juga telah membina Yayasan Jack Ma pada tahun 2014, dan telah menggunakan Yayasan Bill and Melinda Gates sebagai insiprasi untuk amalnya itu.

Jack Ma berhasrat nak berhenti setahun lalu

Menurut penulis buku “Alibaba: The House That Jack Ma Built”, Duncan Clark pernah mengatakan bahawa Jack Ma sememangnya sudah lama berminat dalam bidang pendidikan, amal kebajikan, alam sekitar dan pembangunan wanita.

Jadi, sudah tiba masanya untuk menumpukan perhatiannya  kepada perkara yang beliau sukai. Sebelum ini Jack Ma pernah menyatakan sesuatu dalam satu acara,

Sebelum saya berusia 70 tahun, saya ingin melakukan sesuatu dalam bidang lain, seperti bidang pendidikan.

Beliau akan menumpukan kepada bidang yang disukai

Dikenali diseluruh dunia, Jack Ma juga telah dianugerahkan oleh Kerajaan China sebagai salah seorang daripada 100 orang yang telah berjasa kepada transformasi ekonomi China dalam tempoh empat dekad yang lalu.

Ma telah menyatakan hasrat meninggalkan rangkaian syarikat e-dagang gergasi itu sejak setahun lalu.

Seperti yang diketahui bahawa beliau dahulunya lahir dalam keluarga miskin. Namun beliau buktikan bahawa nasib dan kehidupan sekarang boleh diubah.

Jack Ma sememangnya menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia bahawa usaha adalah segala-galanya.

 

Sumber: CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...