Jack Ma Dahulunya Di ‘Reject’ Untuk Bekerja di KFC, Tapi Kini Paling Kaya Di China

Trending

Jack Ma Dahulunya Di ‘Reject’ Untuk Bekerja di KFC, Tapi Kini Paling Kaya Di China

Kini kejayaan Alibaba.com merupakan satu contoh terbaik untuk kita jadikan inspirasi untuk berjaya. Mengenai pesonaliti hartawan terkenal china Jack Ma pasti memberi inspirasi kepada kita untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Advertisement

Cerita kesusahan hidup beliau dalam menempuh hidup mengharungi kesempitan kewangan mendapat perhatian dunia. Kini kejayaan Alibaba.com merupakan satu contoh terbaik untuk kita jadikan inspirasi.

Jack Ma adalah salah satu individu terkaya di dunia, dengan nilai kekayaan lebih dari USD 36 bilion menurut Forbes 2017. Jauh sebelumnya, ada masa ketika dia benar-benar sukar mendapat pekerjaan. Dia sering menceritakan kisah hidupnya itu sebagai inspirasi.

“Anda harus terbiasa menerima kegagalan,” sebut Jack Ma saat menjadi pembicara di University of Nairobi.

Pelbagai penolakan yang diterima Jack Ma, mengajarnya bahawa bisnes itu penting.

Setelah tamat pengajian, dia memohon lebih dari 30 pekerjaan di Hangzhou, China. Semua perusahaan yang dipohonnya itu ditolak.

Penolakan yang paling terkesan baginya adalah ketika memohon kerja di KFC. Sebanyak 24 orang memohon untuk posisi yang kosong di restoran ayam goreng ternama itu, namun hanya 23 yang diterima. Dia menjadi satu-satunya yang tidak diterima.

Kesedihan yang sama dirasakannya ketika memohon menjadi polis. Kali ini, hanya empat dari lima pemohon yang diterima bekerja. Ma juga ditolak. Ma nyaris putus asa untuk memohon pekerjaan lagi.

“Saya bersama sepupu menunggu selama dua jam di antrean panjang untuk menjadi pelayan di hotel bintang empat di kota tempat kami tinggal, di panas terik. Skor sepupu lebih rendah dari saya, tapi dia diterima. Saya ditolak!,” kisahnya.

Meskipun sekarang dia sudah boleh bergurau senda  mengenai masa lalunya, Ma tidak menafikan saat dia ditolak ketika memohon pekerjaan dahulu sangat memberi kesan dan menyakitkan.

“Jika Anda tidak terbiasa dengan kegagalan, sama seperti petinju, Anda tidak terbiasa balik menghajar. Bagaimana Anda bisa menang?,” katanya

Ketabahan itu yang menguatkan Ma saat mendirikan halaman e-commerce Alibaba pada 1999.

Pada awalnya, Ma sering menerima jawapan ‘tidak’, pada setiap pengusaha bisnes yang dia jumpa saat memperkenalkan Alibaba.

“Saya ingat di 2001, kami berusaha mendapatkan USD 5 juta dari pemodal di Amerika Syarikat dan ditolak. Saya katakan, saya akan kembali dengan nilai yang sedikit lebih banyak,” kenang Ma.

Barangkali pemodal tersebut saat ini menyesali keputusan mereka.

Alibaba kini punya nilai market capital USD 400 bilion. Saat penawaran saham perdana (IPO) di 2014, Alibaba tercatat sebagai perusahaan dengan IPO terbesar.

Biografi Jack Ma

Nama Popular: Ma Yun
Dikenali sebagai: Founder & Executive Chairman Of Alibaba Group
Warganegara: Chinese
Tarikh lahir: September 10, 1964
Umur: 53 Years
Tempat Lahir: Hangzhou
Isteri: Zhang Ying
Anak: Ma Yuankun
Founder/Co-Founder: Alibaba.Com, Alibaba Group
Net Worth: $33.6 Billion (2017)

“Saya Lahir dalam zaman komunis dan keluarga miskin. Takde duit! Saya Sanggup kerja tanpa gaji untuk belajar ilmu sanggup bangun jam 5 pagi, duduk depan hotel untuk beri tour percuma asalkan beliau dapat belajar bahasa English. Saya pernah pergi banyak temuduga (lebih 30) selepas tamat pengajian, tapi kena reject banyak kali. Nak jadi polis, mereka cakap saya tak layak. KFC pun tak mahu ambil saya sebagai pekerja ketika itu”. – Jack Ma

Hari ini, beliau adalah orang yang paling kaya di China, dengan nilai USD20 Bilion.

IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di New York Stock Exchange (NYSE). Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...