Jabatan Kesihatan Johor Nafi Kerjasama Dengan Organisasi Doula

Trending

Jabatan Kesihatan Johor Nafi Kerjasama Dengan Organisasi Doula

Topik Doula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor menjadi bahan perdebatan hangat rakyat Malaysia kini. Malah, doula sebelum ini bertikam lidah dengan doktor demi menegakkan kepercayaan mereka bahawa kaedah bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital.


Terbaru, ada pula pengguna Facebook menyatakan pengurusan perkhidmatan doula boleh dijalankan tanpa sebarang masalah kerana melalui jalinan kerjasama dengan fasiliti kesihatan di Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Advertisement

Bagaimanapun, itu hanya berita palsu dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam satu kenyataan berkata pihak mereka tidak pernah mempunyai sebarang kolaborasi ataupun apa-apa usahasama dengan mana-mana organisasi ataupun individu yang berkaitan dengan perkhidmatan doula.

Orang ramai jangan mudah tertipu serta terpengaruh dengan khabar angin dan hasutan tersebut. Subseksyen 14(1) Akta 436 memperuntukkan mana-mana individu yang mengamal amalan perbidanan tanpa pendaftaran di bawah Akta tersebut adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya.

Sumber Berita : Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...