Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jaa Suzuran Tidak Kisah Dikritik Terlalu “Over” Dan Membosankan Ketika Mengacara MeleTOP

Cubaan pertama penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran untuk mengacarakan program televisyen secara langsung sebagai hos jemputan MeleTOP mengundang kritikan netizen yang menyifatkan gaya pengacaraannya itu terlalu “over”.

Advertisement

Pengambilan Jaa sebagai pengacara jemputan menggantikan tempat Nabil Ahmad adalah tidak sesuai sama sekali apatah lagi beliau cuba membuat jenaka yang tidak menjadi dan terdapat beberapa momen “krik krik” yang menjengkelkan penonton setia MeleTOP selain terlalu gugup ketika menemubual tetamu.

Namun, Jaa nampaknya begitu tenang walaupun dikecam dan menjadikan setiap komen yang dilemparkan kepada dirinya sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang pengacara yang lebih baik selepas ini.

Saya sudah jangka akan dikecam kerana Meletop satu program besar dan digandingkan pula dengan Neelofa sudah tentu saya rasa gementar.

Saya bawa cara saya pada malam itu, kalau mereka kata saya over kat mana yang over itu? Mereka tidak kenal saya. Tapi tidak mengapa, saya ambil semua komen itu sebagai sesuatu yang membina untuk saya perbaiki pada masa akan datang. Mungkin saya terbawa-bawa cara penyampaian di radio ke program televisyen membuatkan orang menyangka saya berlebih-lebihan

Sebagai orang baharu, bukan mudah untuk tampil mengacarakan sebuah program popular secara langsung. Pastinya akan ada perasaan gementar bukan?  Apa-apa pun, kita harus puji keberanian Jaa yang tetap ingin cuba memberikan yang terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 Comments

  1. yna

    April 27, 2018 at 12:32 pm

    jaa suara nyaring betul..tgk anugerah meletop tu alahai over nye..betul ckp korang mane dtg nye la org mcm ni. yang lofa tu baju dah kenapa? xpueh seksi la tu dulu

  2. Mfahmi

    April 27, 2018 at 8:57 am

    Don’t give up jaa..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top