Pelakon, Jaa Suzuran akui dia juga terkejut apabila abang dan kakak iparnya, Eda Ezrin terbabit dalam kes membabitkan dadah di Thailand.
Memetik laporan Mstar, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad berkata, dia tiada sebarang komen tentang kes membabitkan ahli keluarganya memandangkan dia tiada di tempat kejadian.
Terkejut! Saya pun tau secara tiba-tiba ada ahli keluarga kena tangkap di sana.
Saya tak tau nak komen macam mana. Saya pun tak pergi ke sana.
Lagipun saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian.
Pelakon itu turut memberitahu dia kekal tenang dan sabar dengan kejadian yang menimpa keluarganya dan dia memilih untuk tidak melayani sebarang pertanyaan di media sosial.
Saya tak salahkan netizen sebab mereka memang nak tahu cerita sebenar.
Tapi saya cuma tahan dan bersabar sahaja, nak marah-marah pun tiada guna.
Sebelum ini, media melaporkan Eda, suami dan empat rakan lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.