Anak muda, Izzul Zafran Bin Abd Razak dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024.
Izzul Zafran menewaskan 47 orang peserta lain yang mewakili lebih 40 negara dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Certiport baru-baru ini.
Pertandingan itu bertujuan untuk membuktikan kemahiran komunikasi digital mereka menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, dan InDesign.
Peserta yang berjaya masuk ke peringkat final diberikan tugas untuk mereka bentuk poster yang bertajuk “Digital Skills for a Sustainable Future” dalam masa lapan jam untuk The King’s Trust International.
Pemenang tempat pertama menerima hadiah sebanyak $8,000, tempat kedua $4,000 manakal tempat ketiga pula $2,000.
Izzul Zafran merupakan pemenang tempat ketiga di peringkat kebangsaan sebelum ini dan mewakii Malaysia di peringkat dunia pada Julai lalu di Amerika Syarikat dengan bimbingan pensyarah Ts. Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab.
Ini bukanlah kali pertama pelajar Malaysia mengharumkan nama negara dalam pertandingan ini. Ketika penganjuran tahun-tahun sebelum ini, Malaysia pernah merangkul gelaran Juara Dunia pada tahun 2020, Naib Juara Dunia pada tahun 2016, Tempat Kelima Dunia pada tahun 2021, dan Tempat Ketujuh Dunia pada tahun 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.