Kontroversi panas yang timbul melibatkan penyanyi dan pelakon Izzue Islam dan ahli kumpulan Forteen menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mendakwa mereka ini sebenarnya sengaja mencipta gimik murahan untuk melancarkan single terbaru tidak lama lagi.
Malah, saat mereka berdamai sehingga menitiskan air mata juga dikatakan sebagai hanya satu lakonan sahaja untuk memancing perhatian ramai.
Walaubagaimanapun, One menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan mereka tidak ingin mecari publisiti murahan dan kes perselisihan faham yang berlaku bukanlah disengajakan.
Kami tahu sampai sekarang masih ada segelintir pihak yang mengecam Forteen berhubung isu perselisihan faham. Sebenarnya, kami sudah pun berbaik, jadi kita tolonglah ‘move on’ teruskan seperti biasa. Jangan keruhkan lagi dengan dakwaan tanpa asas. Kalau tuduh air mata atau kesedihan kami adalah palsu, perkara itu masih kami diamkan.
Namun, apabila mengaitkannya dengan sebagai gimik untuk pelancaran lagu baharu, itu tuduhan berat. Kalau betul di mana lagu itu? Soal kesedihan kami pula, apa yang berlaku bukanlah sesi uji bakat. Saya bukan jenis yang pandai berlakon. Sudah-sudahlah sebab kami sudah berdamai.
Terdahulu, Izzue mengejutkan semua peminat dan ahli kumpulan Forteen yang lain apabila tiba-tiba mengumumkan beliau mahu menarik diri dari kumpulan tersebut. Timbul sedikit isu mengenai isu Izzue dipulaukan tetapi mereka sudah meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing dan akhirnya berdamai dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Safi
November 29, 2018 at 12:45 pm
Perasan popular sgt ker korang ni….
Ada ke xder dlm industri, tak ada kesan ape2 pun…
nok gebuzzz
November 29, 2018 at 11:53 am
dah x boleh nyanyi elok la keluar…belakon jer la.ataupon terus keluar dari industri hiburan…habis cite.
jah
November 29, 2018 at 11:09 am
Tengok gambar diorg peluk tu. GAY! geli oi.
Puan Sri Rosmih Mansir
November 29, 2018 at 10:27 am
This is totally irrelevant.
Siapa kisah pasal si Izzue Islam ni?
Anonymous
November 29, 2018 at 10:18 am
tak habis2 lgi ke..dah la..bwa haluan memasing, bkn suara bagus pun.