Written by Bella | November 29th, 2018

Kontroversi panas yang timbul melibatkan penyanyi dan pelakon Izzue Islam dan ahli kumpulan Forteen menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mendakwa mereka ini sebenarnya sengaja mencipta gimik murahan untuk melancarkan single terbaru tidak lama lagi.

Malah, saat mereka berdamai sehingga menitiskan air mata juga dikatakan sebagai hanya satu lakonan sahaja untuk memancing perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, One menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan mereka tidak ingin mecari publisiti murahan dan kes perselisihan faham yang berlaku bukanlah disengajakan.

Kami tahu sampai sekarang masih ada segelintir pihak yang mengecam Forteen berhubung isu perselisihan faham. Sebenarnya, kami sudah pun berbaik, jadi kita tolonglah ‘move on’ teruskan seperti biasa. Jangan keruhkan lagi dengan dakwaan tanpa asas. Kalau tuduh air mata atau kesedihan kami adalah palsu, perkara itu masih kami diamkan.

Namun, apabila mengaitkannya dengan sebagai gimik untuk pelancaran lagu baharu, itu tuduhan berat. Kalau betul di mana lagu itu? Soal kesedihan kami pula, apa yang berlaku bukanlah sesi uji bakat. Saya bukan jenis yang pandai berlakon. Sudah-sudahlah sebab kami sudah berdamai.

Terdahulu, Izzue mengejutkan semua peminat dan ahli kumpulan Forteen yang lain apabila tiba-tiba  mengumumkan beliau mahu menarik diri dari kumpulan tersebut. Timbul sedikit isu mengenai isu Izzue dipulaukan tetapi mereka sudah meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing dan akhirnya berdamai dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Petchmono

8 responses to Izzue Undur Diri Bukan Gimik, Kesedihan Kami Bukan Palsu – Forteen

  1. Anonymous says:

    tak habis2 lgi ke..dah la..bwa haluan memasing, bkn suara bagus pun.

    12

    0
  2. Puan Sri Rosmih Mansir says:

    This is totally irrelevant.

    Siapa kisah pasal si Izzue Islam ni?

    7

    0
  3. jah says:

    Tengok gambar diorg peluk tu. GAY! geli oi.

    0

    2
  4. nok gebuzzz says:

    dah x boleh nyanyi elok la keluar…belakon jer la.ataupon terus keluar dari industri hiburan…habis cite.

    2

    0
  5. Safi says:

    Perasan popular sgt ker korang ni….
    Ada ke xder dlm industri, tak ada kesan ape2 pun…

    2

    0
  6. bawang says:

    DAH KALAU BUKAN GIMIK
    TAK PERLU NAK BERI STATMENT JE IZUE ..
    DAH DAH LAH
    KO NYA TEAM BUKAN TARAF2 WESTLIFE KE …NKOB ke …Muahakakakaka

    1

    0
  7. pemerhati dari kejauhan says:

    kejap gaduh.. kejap kuar grup.. kejap baik balik.. kejap kata bukan gimmick.. org yg memerhati pun naik bosan baca cite korang ne.. dah la tak spopular mana.. gossip murahan je yg boleh diharapkan kononnya nak naikkan populariti korang balik.. pun tak naik2 jugak populariti korang.. shud korang try bidang baru or otak korang mmg betul kosong tk boleh pk apa slain drpd mnyanyi ne je?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    so gayyyy

    0

    0

Leave a Comment

Optional