Izzue Islam & Yana Samsudin Adalah Ejen Perisik SUPER

Hiburan

Izzue Islam & Yana Samsudin Adalah Ejen Perisik SUPER

Abang Nara ialah seorang penggemar kopi. Pagi-pagi kalau tak minum kopi, memang rasa badan tak bertenaga. Abang Nara bukanlah jenis yang setia kepada satu jenama sahaja. Kalau ada jenama baru yang muncul di pasaran, Abang Nara akan mencubanya. Manalah tahu lebih sesuai dan lebih ‘kick’. Abang Nara yakin kalau anda seorang pengemar kopi, pastinya anda sentiasa mencuba kopi baru kerana ingin mencari yang terbaik untuk anda.

super coffee

Advertisement

Pencarian itu mungkin telah berakhir dengan perlancaran kempen SUPER ‘The Secret To A Smile’ yang telah berlangsung baru-baru ini. Banyak rupanya jenama kopi SUPER ini. Antaranya SUPER Coffee, SUPER Power, White Coffee dan Cafe Nova. Kopi SUPER adalah kopi yang asli dan beraroma. Menariknya, Izzue Islam dan Yana Samsuddin telah pun dilantik sebagai duta jenama SUPER sebagai satu langkah ‘rebranding’ untuk mengukuhkan legasi SUPER di Malaysia.

super coffee

Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah gaya Izzue Islam dan Yana Samsudin yang tampil seperti ejen perisik ketika majlis pelancaran kempen SUPER ‘Secret To A Smile’ ini. Rupa-rupanya ia bukan sekadar gimik. Izzue dan Yana memang telah ke kilang kopi SUPER dengan gaya James Bond untuk mengetahui cara-cara penghasilan kopi 3 dalam 1 SUPER ini. Awesome sungguh videonya.

Bersempena dengan pelancaran kempen SUPER ‘Secret To A Smile’ ini, kita semua berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah yang paling awesome ialah sebuah Nissan Almera. Selain itu ada juga Samsung Galaxy S5 untuk dibawa pulang. Akan tamat pada 15 Oktober, informasi mengenai contest ini boleh didapati di Facebook SUPER Malaysia.

super coffee

Tak sabar rasanya untuk mencuba kopi SUPER untuk memulakan pagi Abang Nara. Tak sabar juga nak lihat video aksi Izzue Islam dan Yana Samsudin mencari rahsia pembuatan kopi SUPER. Pasti banyak lagi aksi awesome yang akan ditunjukkan mereka. Lagi beberapa gambar duta jenama SUPER ini dengan membaca artikel sepenuhnya.


super coffee

super coffee
super coffee
super coffee
super coffee
super coffee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...