Abang Nara ialah seorang penggemar kopi. Pagi-pagi kalau tak minum kopi, memang rasa badan tak bertenaga. Abang Nara bukanlah jenis yang setia kepada satu jenama sahaja. Kalau ada jenama baru yang muncul di pasaran, Abang Nara akan mencubanya. Manalah tahu lebih sesuai dan lebih ‘kick’. Abang Nara yakin kalau anda seorang pengemar kopi, pastinya anda sentiasa mencuba kopi baru kerana ingin mencari yang terbaik untuk anda.
Pencarian itu mungkin telah berakhir dengan perlancaran kempen SUPER ‘The Secret To A Smile’ yang telah berlangsung baru-baru ini. Banyak rupanya jenama kopi SUPER ini. Antaranya SUPER Coffee, SUPER Power, White Coffee dan Cafe Nova. Kopi SUPER adalah kopi yang asli dan beraroma. Menariknya, Izzue Islam dan Yana Samsuddin telah pun dilantik sebagai duta jenama SUPER sebagai satu langkah ‘rebranding’ untuk mengukuhkan legasi SUPER di Malaysia.
Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah gaya Izzue Islam dan Yana Samsudin yang tampil seperti ejen perisik ketika majlis pelancaran kempen SUPER ‘Secret To A Smile’ ini. Rupa-rupanya ia bukan sekadar gimik. Izzue dan Yana memang telah ke kilang kopi SUPER dengan gaya James Bond untuk mengetahui cara-cara penghasilan kopi 3 dalam 1 SUPER ini. Awesome sungguh videonya.
Tak sabar rasanya untuk mencuba kopi SUPER untuk memulakan pagi Abang Nara. Tak sabar juga nak lihat video aksi Izzue Islam dan Yana Samsudin mencari rahsia pembuatan kopi SUPER. Pasti banyak lagi aksi awesome yang akan ditunjukkan mereka. Lagi beberapa gambar duta jenama SUPER ini dengan membaca artikel sepenuhnya.