Bekerja disamping suami atau isteri ada baik dan buruknya. Namun, buat pelakon Izzue Islam beliau tidak kisah dikawal isteri, Awin Nurin yang juga pengurus kerjaya seninya.
Izzue juga pasti akan berkongsi setiap perkara dengan isterinya kerana mahu bersikap jujur dan bukanlah kerana takut dengan isterinya.
Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau kawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan. Contohnya kalau suami kuat boros, suka keluar malam atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia.
Apatah lagi, dengan kerjaya saya sebagai selebriti, kejujuran adalah perkara utama. Dek kerana itu, apa saja yang saya lakukan mesti beritahu isteri. Bukan sebab saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami.
Bagus betul Izzue yang berfikiran agak matang dan bertolak ansur dengan isterinya. Kalau begini, inshaAllah rumah tangga yang dibina akan lebih harmoni ye dak? Biarlah kalau ada sesetengah netizen yang kecam beliau “takut” dengan isteri.
Gorges
April 7, 2018 at 9:24 am
Izzue. Ko tahu bila tunjuk gambor ko berdua ada netizen yang kondem wajah bini ko. So tak payah tunjuk2 foto dan bior bini ko tu kena kutuk. Kesian
Tk
April 7, 2018 at 9:17 am
Dah berapa kali tunjuk betapa lovey dovey ko berdua. Tapi tak payah lah nk show off selalu sangat. It is boring. .
Din
April 6, 2018 at 8:57 pm
Biar la tak sedap mata kita memandang, bkn kita yg tgk bini dia hari2 pun. Dia yg tgk. Cantik luar tak kekal pun!
Aku
April 6, 2018 at 6:53 pm
Bagus Izzue. Berlakon pun power. Keep it up!
serene
April 6, 2018 at 5:54 pm
baru kawen mmg lah tak kesah, tapi bila dah lama nanti mulalah rimas bila kena control