Bekerja disamping suami atau isteri ada baik dan buruknya. Namun, buat pelakon Izzue Islam beliau tidak kisah dikawal isteri, Awin Nurin yang juga pengurus kerjaya seninya.
Izzue juga pasti akan berkongsi setiap perkara dengan isterinya kerana mahu bersikap jujur dan bukanlah kerana takut dengan isterinya.
Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau kawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan. Contohnya kalau suami kuat boros, suka keluar malam atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia.
Apatah lagi, dengan kerjaya saya sebagai selebriti, kejujuran adalah perkara utama. Dek kerana itu, apa saja yang saya lakukan mesti beritahu isteri. Bukan sebab saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami.
Bagus betul Izzue yang berfikiran agak matang dan bertolak ansur dengan isterinya. Kalau begini, inshaAllah rumah tangga yang dibina akan lebih harmoni ye dak? Biarlah kalau ada sesetengah netizen yang kecam beliau “takut” dengan isteri.
Anonymous
April 10, 2018 at 10:28 am
baik izzue ni
DD
April 8, 2018 at 2:25 pm
Dah tertulis jodoh mereka berdua. Semuga kekal till jannah. Jangan pertikaikan ciptaan Allah….
fishball
April 7, 2018 at 7:04 pm
ayat apa si nurin ni pakai untuk dapatkan izzue???????? aku pun nak jgak dapat laki muda dan hensem. huhuuuu
Your inner self
April 7, 2018 at 3:33 pm
Klu masing2 ikhlas mengawal n ikhlas dikawal, ok je…after all, derang saja yg tau kelebihan dan kekurangan diri masing2 tanpa perlu share dgn org luar. Org matang mcm tu la..membuat keputusan keluarga bukan berdasarkan rupa bini. x sama mcm ude yg samada x matang atau kena mandrem
Hahaha
April 7, 2018 at 11:07 am
susah nk dpt suami mcm ni..bersyukurlah