Izzue Islam Tidak Kisah Hidup Dikawal Isteri?

Hiburan

Izzue Islam Tidak Kisah Hidup Dikawal Isteri?

Bekerja disamping suami atau isteri ada baik dan buruknya. Namun, buat pelakon Izzue Islam beliau tidak kisah dikawal isteri, Awin Nurin yang juga pengurus kerjaya seninya.

Advertisement

Izzue juga pasti akan berkongsi setiap perkara dengan isterinya kerana mahu bersikap jujur dan bukanlah kerana takut dengan isterinya.

Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau kawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan. Contohnya kalau suami kuat boros, suka keluar malam atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia.

Apatah lagi, dengan kerjaya saya sebagai selebriti, kejujuran adalah perkara utama. Dek kerana itu, apa saja yang saya lakukan mesti beritahu isteri. Bukan sebab saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami.

Bagus betul Izzue yang berfikiran agak matang dan bertolak ansur dengan isterinya. Kalau begini, inshaAllah rumah tangga yang dibina akan lebih harmoni ye dak? Biarlah kalau ada sesetengah netizen yang kecam beliau “takut” dengan isteri.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...