Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, ada sesetengah artis yang mengeluh kerana banyak persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan menjejaskan “periuk nasi” mereka.
Buat pelakon Izzue Islam pula, dia memberitahu dia sudah mula megambil langkah mengawal perbelanjaan keluarga untuk kegunaan di masa hadapan. Dia tidak mahu lagi membazir untuk sesuatu yang tidak penting dan kini mula berjimat cermat sebaiknya.
Buat masa ini saya kena susun semula keawangan untuk hari-hari akan mendatang. Apa yang boleh jimat, kita jimat la. Tak mahu lagi membazir dengan perkara yang mengarut dan benda yang tak penting.
Sepatutnya saya kena buat persediaan baju untuk penggambaran tapi hanya 50 peratus sahaja sudah dipersiapkan. Ada banyak lagi kena beli tapi nak kena kurangkan sedikit.
Dalam pada itu, Izzue sempat memberikan pendapatnya mengenai cara sesetengah rakyat Malaysia yang memasak secara berlebihan ketika dalam tempoh PKP. Menurutnya, setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan mungkin juga mereka memasak untuk keluarga yang besar tetapi apa yang penting mereka juga perlu membuat persediaan untuk tempoh dua minggu akan datang ini.
Kita tidak tahu sampai bila penularan wabak COVID-19 ini akan berterusan. Ketika dalam tempoh PKP ini, kita harus disiplinkan diri untuk berjimat demi masa depan sendiri.