Jika tiada aral melintang, Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin bakal bergelar suami isteri pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 2 Jun 2013. Ketika mengumumkan berita gembira ini, banyak pihak yang terkejut kerana tidak dapat menghidu percintaan yang berlaku di antara mereka berdua.
Agak menarik juga bagaimana bermulanya kisah percintaan Izzue Islam dan Awin Nurin bermula. Tersenyum kambing Abang Nara apabila membacanya. Rupa-rupanya sudah 5 tahun mereka berdua menyulam cinta. Kata Izzue Islam:-
Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.
Cute kan kisah mereka? Itulah namanya kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Selama 5 tahun berkenalan dan bercinta, Abang Nara yakin Izzue Islam sudah yakin 100% bahawa Awin Nurin lah wanita pilihannya. Kata Izzue Islam lagi:-
Dia adalah diri dia. Dia tegas dalam bekerja. Dia pengurus Izzue, jadi kalau lambat bangun ke apa ke memang kena. Dia ada pendirian, seorang yang berdisiplin, peramah, sopan. Dia…macam-macamlah. Pahit, manis, pedas, masam, masin, kenyang, lapar, susah, senang, jatuh, bangun…semua kami sudah rasa. Dia yang selalu beri Izzue semangat selain daripada ibu bapa dan kawan-kawan Izzue. Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.
Romantik jugak si Izzue Islam ini rupanya. Walaupun Abang Nara tahu ramai gadis-gadis di luar sana yang remuk hatinya apabila mengetahui berita ini, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin berjalan lancar serta kekal sehingga hujung hayat. Kepada Izzue Islam, selamat bergelar suami Sabtu ini.