Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat bersama isteri tercinta, Awin Nurin beberapa hari lepas, pelakon Izzue Islam menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya ada membuat ucapan dan berharap dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang seterusnya bersama cahaya mata.
Tidak dinafikan, ramai yang agak tersentuh ketika membaca ucapan tersebut dan mendoakan agar Izzue dan Awin dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Malah, ada peminat yang menyarankan agar Izzue dan Awin mendapatkan rawatan daripada pakar kehamilan seperti yang dilakukan oleh pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim.
Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.
Semoga Izzue dan Awin tabah menghadapi ujian didalam rumah tangga ini. Jangan cepat putus asa dan terus berusaha.