Izz Imil Remaja Tergenius Malaysia, Bergelar Mahasiswa Sarjana Muda Sains Matematik UM Di Usia 12 Tahun

Kehidupan

Izz Imil Remaja Tergenius Malaysia, Bergelar Mahasiswa Sarjana Muda Sains Matematik UM Di Usia 12 Tahun

Negara tidak pernah ketandusan pelapis muda berbakat besar, malah kemunculan generasi genius tempatan terus membuktikan Malaysia memiliki aset insan berpotensi tinggi yang mampu bersaing di peringkat global jika diberi ruang, sokongan serta latihan sewajarnya.

Sebelum ini, beberapa individu tempatan pernah mengharumkan nama negara, antaranya saintis astronomi Nur Adlyka Ainul Annuar menerusi kajian berkaitan lohong hitam, serta Izz Imil Shahrom, kanak-kanak genius yang bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya (UM) pada usia 12 tahun.

Advertisement

pelajar genius

Kini, muncul pula seorang lagi anak muda yang mencuri perhatian — Muhammad Khawarizmi Muhamad Kamalrul Zaman, 16, remaja genius dalam bidang pengekodan, pengaturcaraan dan kejuruteraan pada usia yang sangat muda.

Bapanya, Muhamad Kamalrul Zaman, 41, berkata minat mendalam anak sulungnya terhadap bidang teknikal dapat dikesan secara jelas sejak Muhammad Khawarizmi berusia 10 tahun.

Minat mendalam anak sulung saya terhadap perkara teknikal bukan sekadar teori, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan dan inisiatif sendiri.

Menurutnya, antara detik yang benar-benar membuka mata ialah ketika anaknya menyertai bengkel Keterujaan STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Melalui Model Rocketry dan 3D Printing.

Saya melihat anak sulung saya ini secara sukarela membantu peserta lain terdiri daripada pelajar sekolah menengah memahami penggunaan perisian ‘Autodesk Fusion 360’ walaupun ketika itu usianya jauh lebih muda daripada peserta lain

Pada usia 12 tahun, Muhammad Khawarizmi mula mendalami dunia pengekodan secara serius menggunakan Visual Studio, selain melakukan eksperimen dengan mesin maya dan mencuba pelbagai sistem operasi Windows yang pernah wujud.

Dia melakukan eksperimen dengan mesin maya dan mencuba pelbagai sistem operasi Windows yang pernah wujud.

Pada usia yang sama, dia juga mempelajari bahasa C dan C++ (bahasa pengaturcaraan komputer).

Lebih membanggakan, Muhammad Khawarizmi berjaya membangunkan projek Mesin Pemampat Bahan Api Pepejal, sebuah sistem yang mampu menghasilkan bahan api pepejal roket secara konsisten.

Lebih membanggakan, Muhammad Khawarizmi turut berjaya membangunkan projek Mesin Pemampat Bahan Api Pepejal bagi menghasilkan bahan api pepejal roket secara konsisten.

Projek tersebut menjadi projek pertama yang menggabungkan pembangunan mesin dan perisian, selain masih digunakan sehingga hari ini.

Ketika ini, Muhammad Khawarizmi sedang terlibat dalam satu projek berimpak tinggi berkaitan keselamatan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat swasta tempatan, dengan peranannya sebagai pengaturcara.

izz imi pelajar genius

Projek yang bermula sejak 2024 itu disifatkan sebagai antara paling mencabar pernah diusahakan, namun perinciannya tidak dapat didedahkan atas faktor kerahsiaan.

Dalam masa sama, bapanya memaklumkan Muhammad Khawarizmi menyimpan hasrat untuk mendalami bidang teknologi pertahanan dan bercita-cita melanjutkan pengajian ke Jerman.

Sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat menawarkan peluang tertentu dengan meletakkan Muhammad Khawarizmi dalam persekitaran yang mampu mengupayakan lagi kemahirannya, saya sebagai bapa akan menyokong sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui cabaran tetap wujud, termasuk keperluan memahami teknologi yang dikuasai anaknya serta kekangan kewangan disebabkan kos eksperimen yang tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul aming
2025-12-22 13:56:48

"Nak Curang, Jangan Curang Di Rembayung" - Khairul Aming Beri 'Amaran'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...