Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Terkejut Abang Nara mendengar berita ini. Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.

izwan pilus meninggal dunia

Advertisement

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.

izwan pilus meninggal dunia

Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.

Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Advertisement

Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

izwan pilus meninggal dunia

Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

164 Comments

  1. riff

    February 6, 2012 at 1:34 pm

    Al-fatihah utk beliau..

  2. bujang

    January 25, 2012 at 11:57 am

    Paling lucu bila tengok Arwah mengusik mak cik latah semasa menyanyi lagu cek mek molek….
    sampai sakit perut aku ketawa…

    • zizan

      February 3, 2012 at 8:43 pm

      Paling lucu bila tengok johan mengusik ogy

  3. kasut putih

    January 25, 2012 at 10:16 am

    my mom love him so much, Allah lebih sayangkan Allahyarham, semoga dihimpun disisi mereka yang beriman dan beramal soleh.. Amin..

  4. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    January 23, 2012 at 5:19 pm

    minah jambu baru tahu ada lagu izwan yg paling sedap dn bagos lagu ( indah lelap ku )= pesal minah jambu leh tk tau ni…….minah jambu tau lagu kembali senyum je tapi lagu indah lelap ku yg paling indah dn shahdu ……oh izwan semoga allah tempat kn kamu di syurga bersama2 orang yg di sayangi nye…

    • bujang

      January 24, 2012 at 4:44 pm

      MINAH….. BUJANG MEMANG MINAT SUARA DAN LAGU IZWAN PILUS NI.
      SAMBIL MENAIP PUN BUJANG DENGAR LAGU DIA…
      .

    • dato minah jambu 24jam mengadap computer

      January 24, 2012 at 9:13 pm

      ye la bujang mari sama sama kite doa kn semoga roh nye di cucuri rahmat dn semoga dia kembali senyum di sana bersama orang2 yg beriman amin…..always lov u izwan..

  5. ALIFF NAJMI

    January 23, 2012 at 4:15 pm

    Kita sebagai manusia hanya terima dengan REDHA.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama