Pembaca berita TV3 yang tidak asing lagi namanya iaitu Izwan Azir Saleh semalam mengejutkan rakyat Malaysia apabila mengumumkan perletakkan jawatannya secara langsung selepas selesai menyampaikan berita terakhirnya di Buletin Utama.
16 tahun berkhidmat dengan Media Prima, ternyata ia satu tempoh yang cukup lama. Pelbagai pengalaman yang beliau sudah lalui. Meskipun pernah dikecam hebat oleh netizen gara-gara isu politik sebelum ini, Izwan bagaimanapun tetap tabah dan melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.
Tentunya berita ini sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia merasa sedih kerana seorang lagi pembaca berita yang sudah lama menghiasi Buletin Utama letak jawatan. Apa-apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya buat Izwan dan tahniah atas tawaran pekerjaan baru yang sudah diterima. Semoga terus berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan.