Izuan Ibrahim, Bekas Jurulatih Pemain Badminton Nombor Satu Dunia Meninggal Dunia

Kehidupan

Izuan Ibrahim, Bekas Jurulatih Pemain Badminton Nombor Satu Dunia Meninggal Dunia

Izuan Ibrahim yang merupakan jurulatih kepada pemain badminton nombor satu dunia Kento momota ketika beliau remaja, meninggal dunia semalam. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi kira-kira jam 7.30 malam di Hospital Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala dan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak dan darah beku. Sebelum ini, Izuan pernah viral di media sosial apabila Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah menjadi jurulatih Kento Momota ketika masih remaja.

Advertisement

“Tanpa Izuan, siapalah saya.”

kento momota

Sementara itu, bekas anak muridnya iaitu Kento Momota meluahkan rasa sedihnya atas kehilangan besar itu. Menerusi laman Twitter miliknya, Kento memberitahu tanpa bantuan Izuan, dia tidak akan berada pada tahap ini.

Kento Momota kini masih kekal menjadi pemain badminton nombor satu dunia pada usianya yang baru sahaja mencecah 25 tahun. Beliau juga pernah memenangi beberapa kejohanan dunia seperti dua Kejohanan Badminton Dunia dan Juara Asia dua kali pada 2018 dan 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...