Kisah perceraian madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Salleh semalam mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen simpati dengan nasib Intan apatah lagi wanita itu mengakui masih lagi sayangkan suaminya dan tidak tahu mengapa beliau ingin diceraikan.
Mengakui tidak lagi mempunyai sebarang perasaan cinta mahupun sayang terhadap Intan, Ude menegaskan Izreen bukanlah punca perceraian itu berlaku.
Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik. Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liana. Sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liana dan dua anak tidak akan saya abaikan.
Semalam, pemuzik bebas itu sudah memfailkan permohonan cerai. Ramai mendakwa keputusan Ude dipengaruhi oleh Izreen. Intan turut mendedakan mereka tidak tinggal sebumbung sejak November tahun lalu. Ude dan Intan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.