May 19th, 2018

Beberapa tahun menyambut bulan Ramadhan hanya berdua sahaja bersama anaknya, tahun ini pelakon Izreen Azminda akui teruja kerana sudah ada suami tercinta, Ude Wahid untuk berbuka puasa bersama-sama.

Buat Izreen,  Ramadhan pada tahun cukup bermakna sekali dan beliau sudah tidak sabar untuk memasak juadah kegemaran suaminya untuk berbuka dan sahur nanti.

Alhamdulillah, sambutan Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab ada suami. Sebelum ini, kalau berbuka di rumah saya dengan ibu dan anak saja. Sejujurnya, saya tidak sabar nak menyediakan masakan kegemarannya iaitu asam pedas ayam.

Kalau hari biasa, suami suka masakan ringkas. Tidak perlu nak masak beriya-iya. Memadai baginya satu atau dua lauk saja. Apa yang penting kena pedas. Alhamdulillah, suami bukan jenis cerewet. Kalau teringin nak makan sesuatu, baru dia minta saya buat. Pendek kata, dia sangat mudah.

Ketika ditanya tentang soal cahaya mata, Izreen secara jujurnya menyatakan beliau dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan dan menyerahkan hal itu kepada ketentuan takdir dan rezeki.  Izreen bagaimanapun mengimpikan untuk menimang anak perempuan.

Sumber Berita : Harian Metro


38 responses to “Izreen Azminda Teruja Dapat Sambut Ramadhan Bersama Suami”

  1. home wrecker says:

    Annoying sgt pompuan ni. Acah2 bahagia. Paling benci tengok dia suka cebik bibir bila bergambar. Mcm comel. Home wrecker. Kau tunggu masa kau nanti.

  2. Puteri Umno Yg Terbuang says:

    Stopppppp!

  3. Plsdontsueme impoor i jist wanna a says:

    KAMPUNGAN

  4. ciK piNgu says:

    ak hrp kalau deols diberi rezeki ade anak.. korang x bpaling tadah memuja muji pasangan ni!

  5. Wekkkkkkk says:

    Ini buln posa dh happy bgi tahu brbuka posa ada lki skrg kn..hapy lh kamu sgt.
    Waktu ko happy tu aku harap ko cepat2 ingat yg Intan tu hanya berbuka dgn anak2 dia je.
    Intan pdg kerusi bkas somi dlm sekali imbas je..cuba ko jering bygkn. Hati Laki ko pun mcm tu tringat Intan..ko je x tau.

    Bila raya Intan tiada somi..sbb ko prampas….ini PUN ko mesti ingat. Sememangnya kamu TIDAK BAHAGIA.
    Raya ni ko bahagia sgt kn
    Aku pasti dn yakin..raya ni ko pun x mau ziarah intan.
    Laki ko je dlm diam dn senyap jumpa anak2.

Loading...