Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Izreen Azminda Sudah Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi

Pernah memberitahu beliau enggan lagi memikirkan soal cinta ataupun menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya, pelakon Izreen Azminda kini mengakui beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin lagi selepas  hampir 3 tahun bergelar janda.

Advertisement

Memang sebelum ini saya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hati ini sudah tertutup untuk lelaki. Mungkin ketika itu saya tidak boleh berfikir panjang dan tidak bersedia. Namun, sekarang saya akan terima lelaki yang sesuai, yang boleh menjaga saya dan anak. Selain itu jugam dia perlu berkemampuan dari segi ekonomi yang kukuh dan yang paling penting saya juga suka dekat dia.

Kalau nak kahwin, saya kena cari yang betul-betul nak kita. Tapi bukanlah saya nak cakap perkahwinan sebelum ini adalah salah. Cuma jodoh saya dan bekas suami hanya sampai setakat itu saja.

Menurut Izreen, jika beliau berkahwin lagi, kali ini beliau tidak mahu memasang impian ataupun menaruh harapan yang tinggi.

Kali ini kalau saya berkahwin, saya tak nak meletakkan satu harapan yang besar atau tinggi. Bagi saya, biarlah benda ini jadi secara semula jadi. Kalau ada jodoh, ianya akan berpanjangan dan kalau tidak, saya bukan keseorangan, masih ada Adrian iaitu anak saya.

Advertisement

Izreen pernah berkahwin dengan pengarah drama Lara Aishah, Riza Baharudin pada 2012 dan bercerai pada tahun 2014. Hasil daripada perkahwinan , mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun .

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top