Terkejut Abang Nara membaca berita penceraian Izreen Azminda dan suaminya, Muhammad Riza di Berita Harian hari ini. Mereka berdua telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya di lokasi penggambaran di Pulau Pinang selepas berlaku pertengkaran. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa kru dan pelakon lain.
Berita buruk ini telah disahkan oleh Izreen sendiri. Kata Izreen:-
Ya kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan.
Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan.
Semoga Izreen dan Riza tabah menghadapi dugaan ini. Memang jodoh anda berdua tidak panjang. Yang penting hidup harus terus dan anak perlu diberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Takziah Izreen dan Riza.