Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu

Hiburan

Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu

Tarikh 9 Jun pastinya menjadi satu noktah hitam dalam kehidupan Izreen Azminda apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Riza. Perbicaraan kes cerai mereka telah berlangsung di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jutaan takziah diucapkan atas penceraian ini. Semoga Izreen dan Riza tabah menghadapi suratan takdir.
izreen sah cerai talak satuTernyata desas-desus yang Izreen telah diceraikan di lokasi penggambaran sebelum ini adalah tidak tepat sama sekali. Untuk makluman, hak penjagaan anak hasil perkahwinan mereka telah diberikan kepada Izreen. Kata Izreen menerusi Berita Harian:-

Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya.

Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti.

Advertisement

izreen

Semoga Izreen dan Riza tabah menjalani kehidupan selepas ini. Yang penting teruskan berbaik demi kepentingan anak anda. Sambil-sambil itu renungkanlah balik saat bahagia bersama. Mana tahu terbuka hati untuk rujuk kembali. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...