Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Izreen Azminda Nyatakan Kritikan Tajam Juri Guriskan Hati Peserta Gempak Superstar

Tersingkir pada konsert Gempak Superstar minggu lalu, Izreen Azminda membuat pengakuan bahawa kritikan tajam daripada juri sedikit sebanyak membuatkan hati peserta terguris selain memberi tekanan dan membunuh semangat mereka.

Advertisement

Jujur saya katakan, kritikan yang begitu tajam mengguris hati kami semua. Tambah-tambah lagi dengan nada menghentam, memang kami akan rasa tertekan dan ‘down’.

Bila diberikan komen yang menghentam, mulalah saya rasa serba tak kena dan kadang-kadang ia mengganggu fikiran saya. Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okay dengan komen tersebut.

Jelas Izreen, bukan mudah untuk memberikan hasil terbaik kerana mempunyai tempoh masa yang agak singkat untuk berlatih dan menghafal setiap corak persembahan. Buat Izreen, para juri sepatutnya faham dengan keadaan tersebut.

Bukan mudah nak hafal skrip lakonan, lirik lagu, step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan ini kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukan. Juri sepatutnya faham dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi.

Advertisement

Saya tak kisah kalau nak kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri kena faham masa latihan itu tidak cukup.

Cuba kalau kita bagi dia yang sudah bertahun-tahun untuk perform dan masa yang ada hanyalah dua hari, adakah mereka boleh lakukan atau pun tidak?

Sejujurnya ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk pelakon yang menyertai Gempak Superstar menyanyi dengan cukup hebat. Mungkin ada betulnya kata Izreen, juri tidak boleh terlalu berharap kerana tahu mereka bukan penyanyi profesional.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama