Izreen Azminda Nafi Bersikap Gedik, Tidak Minat Cinta Lokasi

Hiburan

Izreen Azminda Nafi Bersikap Gedik, Tidak Minat Cinta Lokasi

Izreen Azminda nampaknya tidak boleh lari daripada gosip bersama lelaki. Entah kenapa, setiap kali Izreen muncul didalam drama, pasti ada sahaja kritikan yang beliau terima.

Advertisement

Terbaru, ada yang menganggap Izreen terlalu gedik bersama pelakon-pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.

Namun, Izreen tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan negatif orang ramai dan menjelaskan belia bersikap begitu semata-mata kerana tuntutan watak yang diberi.

Memanglah, kalau ada babak bercinta, saya akan cuba selami watak seorang wanita yang sedang hangat bercinta dengan penuh perasaan. Itu adalah saya kerana sudah jadi kerja kita untuk hidupkan cerita itu. Saya akan membawa watak macam betul-betul hidup.

Tambah Izreen, beliau harus mencari keserasian bersama gandingannya untuk menjayakan sesebuah karya.

Saya perlu sikap profesional bila di hadapan kamera. Misalnya, pelakon lelaki itu baru pertama kali berlakon dengan saya dan perlu bawa watak romantis, takkan saya nak malu-malu atau bersikap janggal?

Berbicara mengenai gosip cinta lokasi bersama seorang pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Izreen bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut. Apa yang penting Izreen dan pelakon lelaki itu tahu cerita sebenar dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...