March 12th, 2018

Sebelum ini, Rita Rudaini telah membuat luahan melalui program Melodi TV3 kerana tindakan Izreen  Azminda, kawan baiknya menutup fungsi komen dan menyahaktif Instagram menyebabkan Netizen menyerangnya.

Walaupun sudah cuba memberitahu Izreen untuk membuka fungsi komen dan membiarkan netizen menulis, Izreen membiarkan Rita terus dikecam dan ini menyebabkan Rita berkecil hari. Melalui Harian Metro hari ini, Izreen telah meminta Netizen supaya berhenti mengganggu Rita:

Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dia juga belum berhasrat membuka Instagram miliknya untuk dikomen Netizen:

Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan.

Izreen juga menafikan kontraknya untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan telah ditamatkan, sebaliknya kontrak itu sebenarnya sudah tamat dan tidak disambung:

Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, Intan Liana nampak semakin murah rezeki. Dari tinjauan penulis, Intan kini menjadi model untuk tudung keluaran Datuk Seri Aliff Syukri dan juga ada berlakon iklan. – beautifulnara.com

 


29 responses to “Izreen Azminda Minta Netizen Berhenti ‘Serang’ Rita Rudaini Di Instagram”

  1. Kepada Khairy Jamaluddin (KJ), mohon letak jawatan Menteri Belia dan Sukan serta jadi Menteri komunikasi dan Multimedia supaya mengharamkan mana-mana selebriti yang sah-sah bergelar PERAMPAS daripada muncul di mana-mana saluran TV. Kalaupun penyanyi, minta lagu-lagu nyanyian penyanyi yang sah-sah bergelar perampas daripada ke udara di mana-mana saluran radio.

  2. Sundalan bernama Izreen, sila bersara awal!

    Bitch named Izreen, please get out of this entertainment industry!

  3. mak cute says:

    dasar betina kecut…tutup komen tutup ig…tu pasal mulut jgn cm burit ayam klo bckp..aku doakan 1 hari ti ko menjanda balik…ude dpt lgi muda cantik dr ko…dgn adanya kuasa netizen job2 ko pun bakal sendu x lama lagi…

    • antisondol says:

      owh pleaseeeeee… jgn la doakn ude tu dpt yg better..he is the real culprit! Biar sama² mereput dari industri hiburan.lagi bagus

Loading...