February 23rd, 2018

Apa perasaan anda sekiranya ada mulut jahat mempersoalkan status anak anda dan turut menuduh anda melakukan perbuatan tidak senonoh bersama lelaki lain? Geram, marah semua ada bukan?

Itulah yang dirasakan oleh pelakon Izreen Azminda apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mencetuskan provokasi dan spekulasi dengan mempersoalkan status anak Izreen iaitu Adrian Umar bersama bekas suaminya, Riza Baharuddin.

Lebih biadap lagi, individu disebalik penyebaran fitnah itu turut memuat naik kapsyen berbentuk sindiran dan menyamakan anak Izreen Azminda dengan anak lelaki Amar Baharin dan Amyra Rosli.  Dalam erti kata lain, ia bermaksud Izreen mempunyai hubungan dengan Amar sehingga melahirkan Adrian.

Tidak dapat menahan amarahnya lagi, Izreen menerusi akaun Instagramnya tampil membidas dakwaan tersebut dengan menyertakan tarikh perkahwinan serta tarikh lahir anaknya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Izreen juga memberi amaran yang beliau tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan kerana sudah lama berdiam diri dan dihimpit pelbagai kontroversi.


63 responses to “Izreen Azminda Mengamuk Status Anaknya Dipersoal Sehingga Timbul Fitnah”

  1. Mendel says:

    walaupun tak setuju fitnah tapi izreen #saynotohomewreckers ni boleh tak bijak sikit tepis? apa bodoh alasan bertahun dalam perut pulak? ko boleh je mengesek 9 bulan sebelum anak ko lahir dgn jantan memana kan? nampak nau bimbo.

    meh aku bagi alasan free: anak org tu kombinasi laki+bini dia. kalau betul pon ko mengesek dengan laki dia, apsal pulak anak laki+bini sama rupa dgn anak laki+ko.

    Jangan aku lukis pulak diagram belajar dalam bio sekolah dulu.

Loading...