Izreen Azminda Mahu Berhenti Berlakon Kerana Kontroversi Rumah Tangga?

Hiburan

Izreen Azminda Mahu Berhenti Berlakon Kerana Kontroversi Rumah Tangga?

Umum mengetahui pelakon Izreen Azminda sudah menutup akaun Instagramnya selepas menerima pelbgai kecaman sehingga dilabel perampas yang membuatkan Ude Wahid mahu bercerai dengan Intan Liana.

Advertisement

Namun, ada pihak mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Izreen dan memuat naik status yang mengelirukan orang ramai termasuk membuat kenyataan beliau bakal berhenti berlakon.

Izreen memberitahu beliau kesal dan terkilan mengapa ada pihak sengaja ingin mengeruhkan lagi keadaan dan cuba untuk menutup periuk nasinya. Buat Izreen ia adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.

Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya. Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya.

Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada.

Izreen menutup akaun media sosialnya kerana mahu mengelak daripada terus dihimpit kontroversi dan hanya akan aktif semula apabila tiba masa yang sesuai nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...