Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Izreen Azminda – Jodoh Saya Sudah Sampai

Baru-baru ini Izreen Azminda terpalit dengan kontroversi hubungannya dengan Johan As’ari, sehingga mendapat liputan meluas pihak media. Mengakui yang kini mereka berdua membawa haluan masing-masing, Izreen melalui portal media GUA telah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Alhamdulillah, jodoh saya dah sampai. Dia melamar saya pada bulan November dan terus datang merisik pada 10 Disember lalu. InsyaAllah, 1 Januari depan kami akan bertunang di kampung saya di Alor Setar, Kedah.,”

Advertisement

Eh eh, siapa pula bakal suami Izreen tu?

Secara jujur saya kenal dia ketika penggambaran drama ‘Tentang Dhia’. Bakal tunang saya ialah Mohammad Riza Baharuddin dan beliau merupakan seorang jurukamera. Saya kenal dia dalam bulan Ogos dan kami hanya betul-betul rapat pada penghujung bulan September.

Izreen juga menampilkan lakonan yang baik dalam drama Tentang Dhia. Dia menambah:-

Saya terima lamaran dia sebab dia nampak begitu ikhlas menerima saya. Jarang sekarang ada lelaki yang baru kawan terus nak ajak kahwin. Bagi saya, Riza memiliki sifat yang sangat kontra dengan saya. Dia seorang yang ‘soft spoken’ dan memiliki sifat seorang bapa. Sepanjang tempoh perkenalan kami, Alhamdulillah saya rasa dia yang terbaik buat masa ini.

Izreen turut mengakui akan status bakal suaminya itu yang merupakan seorang duda:-

Advertisement

Saya tak ada masalah untuk berkahwin dengan duda kerana yang penting saya tak ambil lelaki orang. Keluarga saya juga tidak mempunyai masalah tentang perkara ini. Bagi saya, dia pandai jaga saya dan seorang yang bertanggungjawab, itu sudah memadai.

Dia mempunyai seorang anak berusia setahun dan saya sendiri sudahpun berjumpa dengan anaknya itu. Saya sudah bersedia untuk mengambil pakej sebagai seorang isteri dan juga ibu. Lagipun jodoh saya sudah sampai, jadi saya terima dia dengan seadanya.

Kalau dah suka sama suka dan tiada pula halangan, apa salahnya kan? Diharap Izreen akan beroleh kebahagiaan abadi bersama bakal suaminya itu nanti. Perkara lepas, biarkan berlalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top