Masih menerima kecaman dan ada mempertikaikan tindakan beliau menyembunyikan perkahwinan daripada isteri pertama Ude, Izreen Azminda yang tidak mahu netizen terus memarahi dirinya menjelaskan beliau hanya menurut perintah suaminya.
Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dgn permintaan suami. Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya
Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini. Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya. Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat.
Izreen percaya satu hari nanti kebenaran akan terbukti bahawa dirinya bukanlah perampas suami orang. Apa yang sudah berlaku tidak boleh diubah lagi dan Izreen berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat perkahwinannya.