Izreen Azminda Hamil : Intan Liana Ucap Tahniah

Hiburan

Izreen Azminda Hamil : Intan Liana Ucap Tahniah

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, pasangan yang sebelum ini dihimpit kontroversi  pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid menerusi akaun Instagram masing-masing mengumumkan berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Advertisement

Tentunya masih ada yang mahu mengetahui apakah reaksi bekas madu Izreen iaitu Intan Liana Saleh. Menjawab soalan daripada pengikutnya di Instagram mengenai berita kehamilan itu, Intan dengan tenang mengucapkan tahniah kepada Izreen.

Izreen kini sedang hamil 3 bulan dan dijangka bakal bersalin sekitar bulan Julai depan.

Intan dan Ude sah bercerai pada Mac 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.