Sebelum ini, pelakon Izreen Azminda menyatakan dia tidak menolak jodoh dengan suami orang dan rela bermadu. Walaupun menerima kecaman Netizen, Izreen berkata dia menganggap jika dia berjodohan dengan suami orang, maka ia takdir tuhan.
Beberapa hari ini bertebaran gosip mengenai Izreen yang dikatakan telah berkahwin. Ianya bermula apabila Izreen menulis gelaran ‘Madam Izreen Azminda’ di profil akaun Instagramnya. Khabar tersebar bahawa Izreen telah melangsungkan perkahwinan sebagai isteri kedua seorang pemuzik yang namanya bermula dengan huruf R.
Tidak menafikan khabar angin itu, Harian Metro melaporkan Izreen sebaliknya mengambil pendekatan tidak mahu memberi komen mengenainya.
Saya minta maaf, tidak dapat beri kenyataan buat masa ini sebagai Mr R dan turut diakui Izreen.
Izreen juga sebelum ini mengakui menjalin hubungan dengan pemuzik itu.
Saya tahu isu ini menimbulkan banyak cerita negatif tetapi saya mohon doakan yang terbaik untuk saya.
Izreen bagaimanapun pernah memberitahu bahawa Mr. R ialah seorang bujang, bukannya suami orang.
Izreen pada 2012 pernah berkahwin dengan seorang jurukamera dan hasil perkahwinan itu memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 4.