Izreen Azminda ‘Comeback’ Berlakon, Babak Bersama Wan Maimunah Raih Pujian – “Bagi La ‘Chance’..”

Hiburan

Izreen Azminda ‘Comeback’ Berlakon, Babak Bersama Wan Maimunah Raih Pujian – “Bagi La ‘Chance’..”

Pelakon Izreen Azminda mencuri perhatian apabila berkongsi pengalamannya berlakon bersama pelakon veteran, Wan Maimunah, khususnya melibatkan babak-babak kasar dalam penggambaran.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Izreen memaklumkan dia sentiasa memohon maaf setiap kali selesai penggambaran kerana perlu melakonkan adegan kasar seperti menonyoh makanan dan membaling objek ke arah pelakon veteran tersebut.

Advertisement

Menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, walaupun tindakan itu hanyalah tuntutan skrip dan kerja lakonan, dia tetap berasa segan serta bimbang jika perbuatannya mengguris perasaan Wan Maimunah.

“Setiap kali lepas shoot, kakak (panggilan Izreen) minta ampun, minta maaf pada ibu Wan Maimunah. Kakak takut ibu sakit,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Izreen turut memuat naik video memaparkan beberapa babak kasar yang dilakonkan bersama aktres berpengalaman itu.

Pada masa sama, pelakon berusia 40 tahun itu meluahkan rasa kagum terhadap tahap profesionalisme Wan Maimunah yang disifatkannya sangat komited ketika bekerja di set.

“Penyudahnya ibu marah kalau kakak tak hempuk betul-betul.

“Ibu yang minta kakak all out baru dia akan rasa energy yang sama.

“Tapi ibu memang power, kakak terus tenggelam tanpa noktah kalau dengan ibu,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji adab serta sikap hormat yang ditunjukkan Izreen terhadap pelakon senior sepanjang menjalani penggambaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fasha sandha
2026-02-04 15:15:53

Fasha Sandha Ditegur, Biarkan Sakinah Rangkul Erat Suami - "Boleh Pula Si Isteri Senyum-Senyum"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...