Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Izreen Azminda Bukan Lagi Model Produk ERYNS – Eksekutif

Sejak berkahwin secara rahsia dengan Ude Wahid, 30, sebagai isteri kedua, Izreen Azminda dianggap perampas oleh sesetengah netizen. Perkara itu seolah-olah menjadi sahih apabila Ude memfailkan perceraian terhadap isteri pertamanya pada 30 November tahun lepas, tiga bulan setelah mengahwini Izreen.

Ude dan Intan Liana Saleh, 33, sah bercerai talak satu pada 22 Mac. Namun begitu, Netizen telah memulakan kempen memboikot produk yang dilakonkan dan dipromosikan oleh Izreen sejak mereka tahu Ude bakal menceraikan Intan sejak 28 Februari lagi. Terbaru, eksekutif produk Eryns, tampil membuat penjelasan kepada URTV bahawa Izreen bukan lagi model untuk produk mereka.

Advertisement

Gambar: Izreen dan Norseela

Norseela Mazlan,36, memberitahu:

Tidak dinafikan, Izreen pernah menjadi model produk kami untuk tempoh enam bulan. Itu pun pada tahun 2016. Sekarang, Izreen bukan model produk kami lagi.

Izreen bukanlah duta produk seperti mana yang dianggap oleh sesetengah netizen. Kami lantik Izreen sebagai model atau penampilan istimewa sempena promosi produk Eryns ketika itu.

Selepas enam bulan kami tidak lagi menggunakan gambar atau pun video Izreen untuk tujuan promosi produk. Ini kerana perjanjian kami hanya untuk tempoh enam bulan.

Saya tahu sesetengah netizen masih keliru apabila ada (haters) yangyang memuatnaik kembali gambar-gambar Izreen bersama produk kami. Itu adalah gambar semasa majlis pelancaran produk Eryns pada 22 September 2016, dua tahun lalu.

Bukan itu sahaja, ada yang menganggap produk Eryns dan Izreen saling berkaitan hanya kerana sebutan kedua-dua nama ini hampir sama. Ini hanyalah secara kebetulan.

Sebenarnya, buat masa ini, Eryns tidak melantik mana-mana model atau duta produk.

Pada mulanya kami tidak mahu tampil membuat penjelasan kerana menganggap itu hanya isu kecil. Tetapi ia menjadi lebih teruk apabila semakin ramai yang keliru sehingga mahu memboikot produk-produk Eryns.

Advertisement

Penjelasan itu dibuat memandangkan terdapat usaha sesetengah pentadbir laman Instagram ‘pembenci’ Izreen yang telah tag akaun Instagram @ErynsHQ seolah-olah memberitahu Netizen lain bahawa Izreen ialah duta produk itu jadi ia patut diboikot.

Sebelum ini, beberapa produk seperti Meeracle Skincare mengumumkan penamatan kontrak dengan Izreen, manakala terdapat satu salinan skrin WhatsApp DYXY Cosmetics meminta agen agar tidak menggunakan video menampilkan Izreen sebagai promosi kerana tidak mahu terkena tempias kontroversi membabitkan pelakon itu. – beautifulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

82 Comments

  1. Junaidi Syarif

    October 13, 2018 at 7:43 pm

    I KNOW WHAT YOU DID LAST TIME APPEAR ON ANY MEDIA….
    I STILL REMEMBER
    SO, I….HATE U!!
    AND I WILL ATTACK YOU!

  2. Junaidi Syarif

    October 4, 2018 at 7:30 pm

    HOMEWRECKER HAS ALREADY DETECTED!! TWICE A BITCH, ALWAYS A PIG!!

  3. Sabri Ali @ Nick

    September 28, 2018 at 7:16 pm

    MEGA MAN 11

    As of September 19th, 2018, all eight Robot Masters in the game have been revealed.

    DWN.081: BLOCK MAN (Block Dropper)
    DWN.082: FUSE MAN (Scramble Thunder)
    DWN.083: BLAST MAN (Chain Blast)
    DWN.084: ACID MAN (Acid Barrier)
    DWN.085: TUNDRA MAN (Tundra Storm)
    DWN.086: TORCH MAN (Blazing Torch)
    DWN.087: IMPACT MAN (Pile Driver)
    DWN.088: BOUNCE MAN (Bounce Ball)

    Blast Man, Torch Man, Impact Man, Bounce Man, Tundra Man, and Acid Man were originally speculated by fans and thought to have been tentative names, but as it turns out, those are their official names. This means that their names were possibly leaked online.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top