Sejak dulu lagi watak berkemban sering mengundang kritikan peminat. Terbaru mengenai pelakon Izreen Azminda yang khabarnya turut dikritik kerana berkemban untuk menjayakan watak Galuh Cendera Kirana, puteri kerajaan Majapahit dalam teater ‘Takhta 3 Ratu’ yang mulai dipentaskan sejak 14 Disember lepas.
Izreen bagaimanapun punya justifikasi sendiri tentang wataknya dalam teater itu yang diarahkan oleh Eirma Fatima.
Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian. Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.
Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut. Saya buat berdasarkan logik cerita. Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tidak kena. Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif.
Selain Izreen, ‘Takhta 3 Ratu’ membariskan pelakon seperti Erra Fazira, Soo Wincci, Awie, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Azree Iskandar, Datuk Rahim Razali, Tasha Shilla dan ramai lagi. Teater ini sedang dipentaskan di Istana Budaya.
Sekiranya anda rajin menonton filem Indonesia tahun 80-an, puteri tanah jawa juga sering digambarkan dengan pakaian sebegini. Ia dianggap pakaian tradisional di sana dan untuk menjayakan watak itu, Izreen sanggup melakukannya.
Apa pun Izreen antara pelakon yang sangat berbakat pastinya watak yang dibawa itu hebat sekali. Kalau anda berminat, masih berpeluang untuk menonton teater ini di Istana Budaya. Tiket berharga RM 50-RM 350 boleh anda dapatkan di kaunter tiket Istana Budaya. Tengok jangan tak tengok!
Laporan asal: Media Hiburan